Friday, May 1, 2015

Pen Autobot Terbang Ke Luar Tingkap: Ali Baba Flight #1


18 Ogos 2010, Rabu, 12 malam.
Lokasi: Ibu Pejabat Syarikat Penerbangan AWA Airways.


Jeddah, Saudi Arabia.
Jadual Penerbangan : JED-DKR-BKO-NIM-MED-JED (Afrika Barat)
Pesawat: Boeing 747-400.
Krew Penerbangan : 4 Kokpit, 14 Kabin, 2 Teknikal.

First Sub-Saharan flight…
Midnight flight.
18 jam.
Padang Pasir.
Sakit perut.
FUCK.

Aku menyeluk poket seluar, mana aku letak pen tadi? Menjeling di sekeliling, depan, tepi, belakang dinding, mengharapkan ada di antara akak-akak atau adik-adik di depan aku ni yang mahu menjeling kembali.
Haram.
Muka kecut.
Takut le tew.

Semua fobia bila tiba pre-flight safety briefing. Semua bikin pandang memandang, 
"kau bagus"
"aku bagus" 
"kau hengat kau cantek?" 
"ader aku kisah??!!!", 
masing-masing poyo dengan monologue masing-masing. Aku? Masih meraba-raba pen yang menjadi penentu masa depan aku sepanjang 18 jam dalam pesawat jumbo ni.

Captain datang dengan riak wajah "gaji aku lagi banyak dari korang" dengan poyonya. Selalunya Captain-Captain macam ni bila dalam kapal, aku akan biar mereka minum kopi pahit. Kopi gelap karat pahit itu sengaja dibancuh untuk menyebabkan mereka keluar masuk Lavatory. Tak senang duduk. Itulah. Buat muka riak lagi.

Pramugari berasal dari Tunis, Tunisia yang berdiri di sebelah aku ni, aku rasa macam berdiri dekat sebelah botol perfume. Sama ada dia minum perfume, makan perfume atau
dia mandi air perfume, bukan air paip macam yang manusia biasa selalu mandi. Aku tak faham kenapa awek Arab suka sembur perfume banyak gila. Yang penting, dia ada pen, aku, takde.





Persidangan parlimen bermula. Pen aku mana. Bersedialah untuk Mampus. Ketua Pramugara, Purser Abdul Muhammad yang digelar Purser AliBaba, AliBaba dalam slang Arab bermakna super Taiko. Taiko dalam slang Malaysia pulak bermaksud sangat Gangster. Yes. Purser Abdul Muhammad ini dulu bekas old timer Saudi Arabian Airlines yang pernah membelasah seorang kerabat diraja Saudi dalam pesawat kerana kurang ajar lagi mengada-ngada telah meraba salah seorang Pramugari Filipino kecil molek yang sudah menikah.

Oleh sebab AliBaba telah mencederakan seorang anak saudara Sultan, maka beliau dipanggil ke mahkamah atas tuduhan berkelakuan BadAss, maka selepas 30 hari, oleh kerana AliBaba telah berkhidmat dengan Saudi Air selama 15 tahun, yang juga syarikat penerbangan nasional, beliau terselamat dari hukuman sula dan pancung, tapi, syarikat penerbangan itu terpaksa akur dengan kehendak Monarki, dan AliBaba dibuang kerja notis 24jam. Dari situlah AliBaba meneruskan legasi hati keringnya di AWF Airways.


Ali Baba selepas 100 hari beliau dipecat dari Saudi Airlines, selamba menceburkan diri dalam bidang lakonan. Beliau berjaya memegang watak utama dalam filem 'Ali Baba and The Forty Thieves'.


Tapi, apa yang lebih menarik adalah, aku tak boleh terlepas pandang pada misai Super Mario beliau yang macam nak terjatuh. Lama aku tenung misai AliBaba. Adakah kerana misai beliau, atau adakah kerana bulu hidung beliau yang sangat lebat dan subur itew.

Aku menjeling ke sebelah kanan. Steward ni mesti ada pen.

“Ya Habibi, anta fi pena?”

“Eish? Pena?”

“Aywa, aywa habibi, pena, pen, pen? Do you have a pen?”

“Inti qalam al arabiya? Arif qalam mashaAllah inty.” 
*Flight Steward Ali Al Ghafffour yang tercatat di nametag-nya, berceloteh dengan mimik muka teruja, tersengih.

“Yes, I was speaking Arabic to you bro, do you have a pen?” *Cepatlah bagi pen.

“No, I don’t have. I only have one. Sorry.” Kata Ali dengan muka sekupang.

‘Mampusss.’ Aku bermonologue.

Kenapa sebatang pen dan buku nota sangat penting bagi sesuatu penerbangan itu?
Ø -Flight Report
Ø -Passenger’s Miscellaneous Requests
Ø -Flight Route or Destinations
Ø -Ground Temperature
Ø -Cruising Altitude
Ø -Flying Hours
Ø -Catering, Food & Beverage quantity
Ø -Doodling incomprehensible characters while bored
Ø -Exchanging Phone Numbers with cute passengers.

Seseorang anak-anak kapal wajib jadi penulis part time sebelum dan selepas mendarat.
Sekeping kertas A4 kadang-kadang tak cukup, sekurang-kurangnya kena bawa notebook.
Tapi macam kes aku, ada notebook pun tak guna, sebab takde pen. Masalahnya sekarang mana pen aku? Kenapa jadi macam ni kat aku? Kenapa hari yang aku taknak pen, pen ada di merata-rata aku, pen Papermate, pen Steadler, pen-pen tak berjenama dan juga pensil, kadang-kadang krayon. Aku mula terfikir yang bukan-bukan. Pen aku sebenarnya Transformers. Bila dia kena pergi perang, dia akan transform jadi Autobot, dan tinggalkan aku. Sedih.

“Good morning, all cabin crews, I’m your Purser for today’s flight, my name is Abdul Muhammad, you many address me as Ahmed or Abdul. I am very pleased to announce that our flight is on time, which I know some of you have heard rumors that the flight was going to be delayed, maybe the person that has created the rumor didn’t want to go for this flight, so as I’ve investigated the matter and brought up the issue to the Flight Operations, they found the person who came up with the gossip, and he is to be removed from AWF Airways for good. So, if anybody wants to go home, please raise your hand. I will send you home. No? Nobody? Alright, let’s start this briefing.”

‘AliBaba meroyan ni baru terminate sorang steward sebab gosip pasal delay je. Aku yang takde pen ni agaknya kena humban kat ladang Unta kot. Pen. Pen. Aku takde pen. Pen takde. Fuck you Pen.’

“Please have your papers ready. I will not repeat this information. The departure time is scheduled at 0300 hours Jeddah time,-”



AliBaba berhenti dan melihat terus ke dalam anak mata aku, misai Super Mario beliau yang berwarna coklat kehitaman seperti bersinar-sinar di bawah cahaya lampu neon yang agak malap itu. Dan yang semestinya aku amat mengerti apa yang sedang bermain dalam fikiran AliBaba. Aku takde Pen. Ya, beliau tajam merenung ke arah aku, ada kertas tapi takde Pen.
Like, WTF.

Kan.

Aku rasa nak bertukar jadi nyamuk dan terbang selamatkan diri, tapi mustahil. Aku jugak rasa nak pura-pura pitam konon-konon aku Low Blood, lupa makan, lupa tidur dan lupa mandi, tapi mustahil. Semua jadi mustahil di depan AliBaba Super Mario. Tak pernah aku rasa nak jadi Suicide Bomber sampai lah aku ditakdirkan terbang dengan AliBaba dan terlupa bawa sebatang pen. Tapi mau ke AliBaba percaya kalau aku cakap Pen aku Autobot dan ianya terpaksa menjalankan misi atas arahan Optimus Prime lalu pergi meninggalkan aku?



:Babiiiiiiiiiiiiiiiii:

“Where is your pen?”

‘Autobots. Engaged. Accomplishing Mission.’ 

“I’m sorry Mr.Abdul, I… my pen was… actually, in the transport I think it flew right out of the window when the wind was blowing hard. I’ve lost controlled.” –Tipu.

“So you’ve lost controlled of your pen?”

“Yes, Sir I did.”

“ The window was opened?”

“Yes.”

“Where was your pen when the window was opened and the winds blown right at you?”

‘Mampus. That awkward moment when that moment is awkward.’

AliBaba tidak mengharap jawapan sahih dari pendustaan yang telah aku ungkapkan tadi.

“Wait outside at the crew lounge, you are dismissed from this briefing.”

Ternyata tiada siapa yang boleh fuck the shit up melainkan AliBaba sendiri.
Penipuan aku gagal. What was I thinking, Pen Terbang ke Luar Tingkap?

“You will be positioned in the F1 galley from Jeddah to Bamako. I’ll be observing you.”

‘Flight ini diramal akan menjadi Kebabian.’

Untuk sesiapa yang tertanya dimanakah letaknya negara Bamako, sila lihat dalam peta di bawah. 
Cari la ko sampai jumpa.


Jumpa Bamako? Aku selamat mendarat dan sakit perut selama 48 jam. Cirit-birit yang paling hanjingssss yang pernah aku rasa adalah pertama ketika terbang ke New Delhi, India. Dan kedua, dekat Afrikaaaaa.
Wakakaka waka waka Afrika. Pelanchauuu la.

“Pen Autobot Terbang Ke Luar Tingkap.”
[The Sky Is Queer]
December 2010, Jeddah, KSA.
2015 (proofread & edited)



No comments:

Post a Comment