Pada awal 2015, bulan Januari lepas, aku kembali ke tanah air setelah lama menikmati hujan emas di negeri orang, maka aku balik untuk menikmati hujan batu di negeri sendiri, tapi alangkah malangnya, bukan batu yang menimpa aku, tapi GST.
Ok. Tanpa disangka, tuah badan, aku dapat merasa kembali dunia underground yang aku dah tinggal lama sejak tahun 2007, aku tinggalkan Ipoh Rock City untuk meneruskan impian aku untuk jadi Pilot. Tapi disebabkan aku gayat, aku apply jadi tukang buat ayor je, tapi tempat kerja aku ni tinggi sikit je dari rambut Rosmah, atas lagi dari KLCC, terletak di antara awan biru dan awan nano.
Di instagram +Khizanat KL (same account) sepanjang bulan Januari dan Februari berlangsungnya pesta protest harga minyak naik besar-besaran - KIDDING! Ko gila nak protest tengah-tengah jalan kat French Hotel tu.
So, these recent years balik tanah air tempat pertama yang aku jejak was Khizanat Artspace Cafe, dapat jumpa kenalan lama, salah seorang founder dan mastermind of Guerilla Budaya Kollective - Shazni Bhai, dia guest bassist pada malam tu, performed bersama Space Gambus Experiment, sebuah art collective milik musician & scholar (owner of Ipoh Experimental Art School) - Kamal Sabran. Perbualan dan gelak ketawa serta sesi ber-selfie yang agak gempak malam tu. Owner @Khizanat dan @ProjekRabak - Jayzuan, rancak bercerita tentang pelancaran dan kegemilangan cult Ipoh Kreative yang baru berlangsung tahun ni. Bangganya aku dapat jadi part of the craziness
So antara event yang menemukan aku kembali ke jalan yang benar, adalah event Ipoh Kreatif hahahaha. ke jalan yang lurus. sebab selama ni aku gay. sila abaikan lawak gampang ini.
Malam ke-4 art festival Ipoh Kreatif, Sefa sebagai host. Tayangan pada malam itu dilancarkan di Yasmin Ahmad Museum, Kong Heng, Old Town. Selama 40 minit sebanyak 3 buah antologi - Odah, Khalilah dan Busan oleh pengarah Junad Md. Nor @_thejebs ditayangkan,
(Tapi hampeh kau Jebon, kau tak datang malam tu, ramai peminat meroyan tak dapat tengok anak matnor.)
Space Gambus Experiment, sebuah seni kolektif Electro-noise berlatar-belakangkan alunan acoustic dan rintihan puisi yang dipersembahkan oleh warga seni lokal dan antarabangsa. Space Gambus Experiment diketuai oleh Kamal Sabran, boleh dicari di pautan ini - klik sini
(kenapa writing aku tetiba skema gila?)
Nota: Gambar tangan di atas adalah milik salah seorang dari ipoh rockers yang telah Naik Syeikh. Phone yang beliau pegang itu bertujuan untuk dibaling kepada siapa2 yang
moshpit dengan ganas dan terpijak kaki beliau.
(Tiada kehilangan nyawa dilaporkan selepas kejadian sepak terajang pada malam itu).
#IpohKreative Finale. Persembahan oleh legend2 The Body Surf & underground breeders. Taukeh Khizanat/Rabak dan kerabat2 diraja indie Ipoh berdondang-dingdong dengan grunge hits oleh Blur 'Song 2' dan Nirvana 'Smells Like Teen Spirit', semua bikin havoc sampai ada yang tersepak diri sendiri ke dinding (18sg) dan tertanggal butang baju. (18sx)
"Fuyoh! Budak2 Ampang ngan Subang pon tak havoc camni!!!" - Apek, 23, KL.
Evolusi Identiti:
Setelah bertahun-tahun aku hilang dari scene (caittt bunyi nak macam retis je), inilah masa yang aku guna untuk catch up dengan otai-otai underground Ipoh lama, aku dapat main jeling-jeling mata dengan frontman Necrotic Chaos, Wira, yang dah jadi tauke Chokodok Reggaehouse dan abang Mior, gatekeeper of The Body Surf Studio - tempat ni jangan kau pertikaikan popularitinya, sememangnya famous gilababi ala2 the Virgin Records di US.
Ipoh ni dulu adalah satu lubuk subculture indie scene yang teramat happening sampai SureHeboh TV3 pun tumpang glamer buat gig kat sini dulu kome mengkome oii!!! Huh, dulu aku memang tak ada nafsu la nak pegi negeri lain, sebab dekat Ipoh dulu ada semua - apa yang aku maksudkan dengan semua tu - muzik, ideologi, seni, sastera, karya indie, everything was ARTISTIC & ORIGINAL.

Yeha aku dah dapat balik kehidupan artistik aku - Ipoh you are my awesome home!
No comments:
Post a Comment